Makanan untuk perut dan juga otak

akanan otak dan vitamin untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak

Makanan untuk perut dan juga otak

Feeding brains as well as tummies

Berikan anak anda permulaan yang sempurna dengan mengikuti panduan mudah ini untuk minda yang sihat. 

Mencari Keseimbangan

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kandungan gula tinggi boleh menyebabkan hyperaktif dan menyukarkan si-manja memberi tumpuan, manakala kandungan gula rendah pula boleh menyebabkan kanak- kanak rasa letih, dan sukar untuk menumpu perhatian.

Untuk mencapai keseimbangan, cuba tambahkan karbohidrat kompleks ke dalam diet mereka seperti bubur, pasta gandum, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran (elakkan ubi kentang).

Elakkan pertembungan - pastikan masanya sesuai

Mengambil makanan yang mengandungi gula pada masa yang tidak tepat boleh menpengaruhi tumpuan kanak-kanak. Untuk mengelakkan daripada berlaku, cuba gantikan dengan makanan yang melepaskan tenaga secara perlahan. 

Mengapa DHA dan EPA penting?


DHA and EPA memainkan peranan penting pada 2 tahun pertama, dari segi perkembangan otak dan retina mata.

Asid lemak penting seperti LA dan ALA adalah salah satu bahagian daripada DHA dan EPA, dan badan manusia tidak boleh menghasilkannya, jadi kita perlu bergantung kepada makanan sebagai sumbernya.

Kanak-kanak perlu makan sekurang- kurangnya 2 bahagian lemak ikan setiap minggu (ikan kembung, sardin, ikan bilis, tuna dan salmon) untuk mendapatkan kandungan Omega-3 yang cukup, demi perkembangan otak. Biji bijan dan walnut boleh juga ditambah ke dalam pemakanan kanak-kanak.

5 Kali Sehari

Cuba berikan si manja 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan oleh WHO setiap hari. Buahan dan sayuran dipenuhi dengan khasiat dan nutrien yang menyokong kesihatan kanak-kanak. Khasiat ini boleh ditambahkan lagi dengan Pastil Scott’s Vitamin C.

You may also like

Menjadikan si manja lebih cerdas


Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja pintar dan gembira, dan untuk mendapatkan tip-tip cerdik buat si manja yang prihatin dan berjaya.

Menjadikan si manja lebih sihat

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja lebih sihat, dengan rencana-rencana mengenai pemakanan dan aktiviti sihat.

Sains Scott's
 

Klik di sini untuk mengetahui kepentingan Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh anak kesayangan untuk menyokong perkembangan yang sihat.