Permainan minda untuk perjalanan jauh

Permainan otak untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak

Permainan minda untuk perjalanan jauh

Brain games for long journeys

“Dah Sampai Ke?” adalah ayat yang sering didengar
oleh ibu bapa. Kenapa tidak tukarkan perjalanan yang jauh itu kepada permainan yang menyeronokkan?

Untuk mengelakkan perjalanan jauh menjadi bosan, cetakkan permainan kami dan ajar si manja cara bermain. Setiap permainan akan mencabar dan menghiburkan kanak- kanak. Jangan lupa menyediakan pen dan kertas!

Permainan Huruf

Bermula dengan huruf ‘A’, pemain akan mencari
sesuatu benda yang bermula dengan huruf ‘A’, dan jika ditemui, huruf itu dipangkah dan permainan diteruskan dengan ‘B’. Pemenang adalah pemain pertama yang sampai ke huruf ‘Z’.

Bingo Belakang

Cetak dan berikan papan BINGO BELAKANG serta pen kepada kanak- kanak. Pemenang adalah pemain yang boleh pangkahkan semua objek yang
tertera dalam papan. Jangan lupa menjerit BINGO apabila habis dipangkah.

'Pool' Kereta

Tiada masa untuk cetak? Tiada masalah! Tukarkan
perjalanan bosan ke meja “Pool” yang berwarna warni.

  • Setiap pemain memilih satu warna kereta

  • Setelah dipilih, setiap pemain akan mengambil giliran untuk memerhati 7 kereta dalam warna pilihan masing-masing dan kemudiannya diikuti dengan kereta berwarna hitam
  • Awas! Sekiranya terdapat pemain lain yang memerhati sebuah kereta putih, pemain yang sedang main akan kehilangan pusingan itu dan pusingan diberi kepada pemain seterusnya

You may also like

Menjadikan si manja lebih cerdas


Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja pintar dan gembira, dan untuk mendapatkan tip-tip cerdik buat si manja yang prihatin dan berjaya.

Menjadikan si manja lebih sihat

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja lebih sihat, dengan rencana-rencana mengenai pemakanan dan aktiviti sihat.

Sains Scott's
 

Klik di sini untuk mengetahui kepentingan Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh anak kesayangan untuk menyokong perkembangan yang sihat.