Menang dengan nutrisi

Tingkatkan Nutrisi Kanak-Kanak dengan Pemakanan dan Makanan yang Sihat untuk Kanak-Kanak

Menang dengan nutrisi

Winning with nutrition on and off the field

Kami faham, anda akan menyokong si manja dengan sepenuh hati, tetapi ia tidak hanya pada menyokong mereka dari tepi padang– apa yang dilakukan di luar padang juga adalah turut penting. 

Pemilihan makanan dan minuman yang sesuai sebelum, semasa dan selepas senaman akan membantu memberi mereka tenaga dan zat yang diperlukan untuk tumbesaran otak dan badan, membantu mereka menang di dalam atau di luar padang. 

Menambahkan Kadar Tenaga

Kanak-kanak aktif memerlukan kalori, jadi pastikan mereka diberikan makanan yang penuh dengan tenaga, roti, bijirin, nasi dan pasta (dicampurkan bersama sedikit protein) beberapa jam
sebelum mana-mana aktiviti. Snek seperti “muesli” atau “granola ” adalah contoh terbaik – dan ia tidak mudah hancur di dalam beg sukan.

Sentiasa Sihat dan Kuat
Kalsium adalah zat penting untuk tulang yang kuat dan boleh didapati dalam makanan seperti susu, yogurt dan keju. Sumber lain termasuk sayuran jenis berdaun hijau gelap dan bahan makanan yang mengandungi kalsium tinggi, jus oren.

Lemak untuk Kesihatan


Lemak yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan,
tetapi badan kita tidak akan befungsi baik tanpa lemak.

Ianya 
adalah sumber tenaga untuk kanak- kanak aktif dan boleh didapati dalam makanan seperti daging, keju, kacang, minyak dan mentega.

Air, air dan air

Badan kanak-kanak banyak berpeluh selepas bermain, terutamanya di bawah cuaca panas. Kanak-kanak akan hilang kandungan air dalam badan (Dehydration) jika berpeluh terlalu banyak. Galakkan kanak-kanak minum air secukupnya, walaupun si-manja tidak rasa dahaga.

Kita semuanya pemenang


Muat turun Kabinet Piala Scott’s yang penuh dengan pingat dan piala sebagai dorongan untuk kanak-kanak. Hadiah yang paling indah adalah sokongan, kasih sayang dan kata dorongan.

Kadang kala, si- manja tidak selalunya dapat makanan yang seimbang setiap hari, tetapi anda boleh memenuhkan keperluan zat harian mereka dengan sesudu Scott’s Emulsion.

You may also like

Menjadikan si manja lebih cerdas


Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja pintar dan gembira, dan untuk mendapatkan tip-tip cerdik buat si manja yang prihatin dan berjaya.

Menjadikan si manja lebih sihat

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja lebih sihat, dengan rencana-rencana mengenai pemakanan dan aktiviti sihat.

Sains Scott's
 

Klik di sini untuk mengetahui kepentingan Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh anak kesayangan untuk menyokong perkembangan yang sihat.