Cara senang untuk memastikan si manja mengambil ubat

Bagaimana Untuk Memujuk Kanak-Kanak Supaya Memakan Ubat

Cara senang untuk memastikan si manja mengambil ubat

Cara senang untuk memastikan si manja mengambil ubat

Kanak-kanak lazimnya tidak suka makan ubat, tetapi, dengan akal yang kreatif, kita boleh mencari jalan untuk memastikan ubat ini diambil.

Kadang kala sukar untuk mendapatkan si manja menikmati makan yang mereka perlukan. Oleh itu, tiba masa untuk mengunalkan sedikit muslihat. Samada sayuran atau ubatan, terdapat beberapa cara untuk menyamarinya.

Berikan mereka pilihan


Benarkan si manja memilih cara untuk makan ubatnya. Cawan yang lain? Atau sudu yang istimewa? Atau biarkan si manja menonton karton sebelum makan? Biarkan anak kesayangan fikir yang dianya ialah bos dan lazimnya tidak ada masalah.

Bermain Doktor

Apa kata berpura- pura menjadi doktor dengan si kecil anda? Lakonkan pemberian ubat kepada sebuah patung atau mainan dahulu, kemudian cuba “merawat” mereka. Atau biarkan anak anda merawat mainan sebelum merawat mereka sendiri.

Cuba ambil peranan sebagai seorang doktor, dan merawat “pesakit” anak patung dan kemudiannya kanak-kanak.

Kapal terbang, keretapi dan kereta

Cara yang lama tetapi berkesan. Sekiranya si kecil tidak suka disuap dengan sudu, sebaliknya beri pada mereka di dalam bentuk penitis atau cawan sukatan dan lakonkan ia sebagai sebuah kapal terbang menghantar ubatan, lengkap dengan aksi bunyi. Sekiranya gagal, cuba lakonkan sebuah keretapi atau kereta lumba!

Menyamar ubat dalam makanan Rujuk ahli farmasi dahulu sekiranya ingin memasukkan ubatan ke dalam makanan si manja. Hancurkan pil dan campur dengan mentega kacang, atau campurkan dengan aiskrim, yogut buah. Ingat... Kanak-kanak perlu habiskan makanan yang telah dicampur dengan ubat.

Ais memang enak

Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, cuba kebaskan lidah dengan ais sebelum makan ubat. Biarkan anak kesayangan minum air yang dia suka selepas itu.

Anda juga boleh cuba member si manja ubat dalam bentuk yang lain, seperti Scott’s Emulsion (Sila rujuk sukatan dan arahan)

You may also like

Menjadikan si manja lebih cerdas


Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja pintar dan gembira, dan untuk mendapatkan tip-tip cerdik buat si manja yang prihatin dan berjaya.

Menjadikan si manja lebih sihat

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja lebih sihat, dengan rencana-rencana mengenai pemakanan dan aktiviti sihat.

Sains Scott's
 

Klik di sini untuk mengetahui kepentingan Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh anak kesayangan untuk menyokong perkembangan yang sihat.