Permainan Peringatan

Memory Games for Kids to Aid Memory Development

Permainan Peringatan

Playing with memory

Memastikan minda si manja sentiasa aktif adalah
penting dan juga menyeronokkan. Cubalah akitiviti-akitiviti permainan minda . Sambil itu, bagilah kanak-kanak sesudu Scott’s Emulsion untuk membantu kecerdasan mereka.

Berikut adalah aktiviti- aktiviti girang untuk kanak-
kanak berumur 3-6 tahun.

Pasangan

Permainan ini adalah cara baik untuk melatih minda kanak-kanak. Lebih baik kalau menggunakan kad mainan kerana kanak- kanak boleh berlatih dalam mengingati nombor. Cikgu pasti suka.

  • Cetakkan gambar kad dan potong.
  • Tutup kad and sebarkan di atas meja.
  • Dalam setiap pusingan, pemain akan membuka 2 kad dan cuba mencari pasangan..
  • Jika pasangan ditemui, pemain akan menyimpan kad tersebut dan teruskan pusingan. Jika kad yang dibuka bukan sepasang, kad tersebut harus ditutup balik.
  • Permainan tamat apabila tiada kad tinggal, dan pemenang adalah pemain dengan jumlah kad pasangan yang paling tinggi!


Permainan Dulang

Permainan ini akan melatih pembentukan ingatan visual.

  • Cari dan letakkan objek kecil yang terdapat dalam rumah di atas dulang. Kanak- kanak diberi pen dan kertas.
  • Dulang tersebut diletakkan at meja dan kanak-kanak diberi 1 minit untuk mengingati semua objek kecil yang terdapat di dulang.
  • Setelah genap 1 minit, dulang tersebut akan ditutup dan kanak- kanak dikehendaki menulis sebanyak yang boleh diingat.
  • Pemenang adalah Pemain yang boleh mengingati objek terbanyak.


Permainan Memori

Permainan mudah ini sesuai semasa berkelah. Pengulangan memori akan melatih tahap peringatan dan anda akan teruja dengan daya ingatan si manja!

  • Pemain-pemain perlu duduk dalam bulatan.
  • Pemain pertama akan berkata “Untuk berkelah saya bawa. . .” dan sambil itu, pemain akan ambil sesuatu yang dibawa untuk berkelah, contohnya, roti
  • Pemain kedua pula akan berkata “Untuk Berkelah, Saya Bawa. . .” dan mengulangi benda yang dikatakan oleh pemain pertama dan tambahkan pula sesuatu yang dibawa oleh pemain kedua, contohnya pisang.
  • Permainan akan diteruskan sehingga salah satu pemain terlupa benda yang telah dikatakan sebelum ini. Pemain yang terlupa disingkirkan dan permainan diteruskan

Cawan Magik

Permainan memerlukan penumpuan yang bagus dan sesuai untuk minda kanak-kanak mahupun dewasa.

  • Permainan ini memerlukan 3 cawan sama rupa and sesuatu objek yang kecil seperti syiling.
  • Terbalikkan cawan dan sembunyikan syiling dalam salah satu cawan.
  • Kocokkan cawan- cawan tersebut tetapi jangan terlalu cepat.
  • Tanya si manja syiling terdapat dalam cawan yang mana satu.
  • Setelah kanak-kanak memberi jawapan betul, giliran bertukar dan anda pula dikehendaki menumpu perhatian.


Teliti Perbezaan

Membantu membentuk penumpuan dan ingatan visual – anak kesayangan boleh menjawab secara bertulis untuk tahap permainan yang lebih sukar.

  • Diri di hadapan pemain-pemain, suruh mereka meneliti anda
  • Keluar dari bilik itu dan tambahkan atau keluarkan sesuatu seperti, subang atau kasut.
  • Kembali ke bilik tersbut. Adakah permain-pemain perasan perubahan diri anda  

You may also like

Menjadikan si manja lebih cerdas


Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja pintar dan gembira, dan untuk mendapatkan tip-tip cerdik buat si manja yang prihatin dan berjaya.

Menjadikan si manja lebih sihat

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja lebih sihat, dengan rencana-rencana mengenai pemakanan dan aktiviti sihat.

Sains Scott's
 

Klik di sini untuk mengetahui kepentingan Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh anak kesayangan untuk menyokong perkembangan yang sihat.