Tanya Scott's

Kami sedar ibu-ibu sentiasa ingin tahu tentang tumbesaran kanak-kanak jadi sini adalah soalan-soalan yang sering ditanya

Apakah manfaat Scott's Emulsion Original?

Scott's Emulsion Original diperbuat daripada Minyak Ikan Kod, dan mengandungi lemak asid Omega-3 (DHA+EPA), Vitamin A, dan Vitamin D. DHA membantu fungsi dan perkembangan otak si manja serta menyokong fungsi penglihatan normal. 3,4

Apakah perbezaan di antara minyak ikan kod dan minyak ikan?

Minyak ikan kod di ambil terus dari hati ikan kod, manakala minyak ikan di proses dari daging ikan berminyak seperti ikan sardin atau ikan kembung. Minyak ikan kod mempunyai kelebihan ke atas minyak ikan kerana ianya mengandungi Vitamin A dan D.

Sokongi tumbesaran anak kesayangan dengan Minyak Ikan Kod Scott's Emulsion.

Apakah lemak asid Omega-3 dan DHA?

Asid lemak Omega-3 adalah satu kumpulan lemak sihat yang terkandung di dalam makanan kita. Ianya terdiri daripada Asid Alpha-Linolenic (ALA), Asid EicosaPentaenoic (EPA) dan Asid DocosahHexaenoic (DHA), dan bahan-bahan ini penting untuk fungsi badan yang sihat. 2
DHA membantu fungsi dan perkembangan otak si manja serta menyokong fungsi penglihatan normal. 3,4
Oleh itu, penting sekali untuk anak kesayangan mendapatkan DHA yang mencukupi untuk membesar dengan kuat dan sihat. 26

Bagaimana untuk memastikan si manja mendapatkan minyak asid Omega-3D DHA yang mencukupi?

Sumber yang paling kaya dengan DHA adalah ikan berminyak yang habitatnya adalah air dingin dan juga makanan laut, jadi si manja mungkin tidak dapat DHA yang mencukupi jika kurang mengambil ikan atau makanan laut. Ianya disyorkan supaya 2-3 bahagian ikan (saiz seperti buku cek) di makan setiap minggu untuk mendapatkan DHA dan EPA yang mencukupi.
Sekiranya si manja cerewet tentang makanannya, kemungkinan besar dia tidak mendapatkan DHA yang mencukupi daripada pemakanannya. 26,27
Menurut World Health Organization (WHO), kandungan DHA yang mencukupi setiap hari adalah seperti berikut: 28

 Age Group

 Recommended Daily Amount

 6-24 bulan

 DHA: 10-12 mg/kg body weight

 2-4 tahun s

 DHA + EPA: 100-150mg

 4-6 tahun

 DHA + EPA: 150-200mg

 6-10 tahun

 DHA + EPA: 200-250mg

 >10 tahun

 DHA + EPA: 250-2000mg

Scott's Emulsion Original menutup jurang dalam pemakanan si manja dengan memenuhi keperluan asid lemak Omega-3 (DHA+EPA) anak kesayangan. 29

Bolehkah saya memberikan si manja Scott's Emulsion dan juga Scott's Vitamin C Pastil?

Tidak ada masalah. Anda boleh memberikan Scott's Emulsion dan Scott's Vitamin C Pastil kepada anak kesayangan kerana kedua-dua produk ini memberikan nutrien bermanfaat yang berbeza.

Adakah terdapat sebarang cara untuk menambahkan lagi perisa Scott's Emulsion?

Scott's Emulsion boleh ditambahkan dengan susu, madu, yogurt ataupun sirap. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk dan dinikmati sejuk.

Adakah terdapat waktu yang spesifik untuk mengambil suplemen?

Tidak ada waktu yang spesifik untuk pengambilan suplemen tetapi ianya lebih mudah untuk diingati sekiranya pengambilan suplemen dijadikan rutin harian. Contohnya, selepas sarapan setiap hari.

Bolehkah si manja yang mempunyai alahan makanan laut mengambil Scott's Emulsion?

Scott's Emulsion mengandungi ramuan yang asalnya dari ikan jadi elakkan dari kanak- kanak yang mempunyai alahan kepada hasil laut. Rujuk kepada label untuk informasi lanjut dan dapatkan nasihat doktor sebelum memberikan si manja produk ini.

Berapa lama boleh saya memberikan si manja Scott's Emulsion?

Scott's Emulsion boleh diambil setiap hari, sehingga dewasa. Pastikan anda mengikuti dos yang disyorkan seperti yang tertera pada label atau mengikut nasihat doktor.

Dari manakah punca Minyak Ikan Kod dalam Scott's Emulsion?

Hanya Minyak Ikan Kod yang tulen dan asli, diambil dari ikan kod yang mendiami perairan sekitar Iceland yang.

Bagaimana Vitamin A dan D menyokong sistem imunisasi?

Vitamin A dan D memang dikenali sebagai vitamin yang penting untuk sokongan fungsi imunisasi normal.

Apakah faedah Scott's Vitamin C Pastil?

Scott's Vitamin C Pastil kaya dengan Vitamin C, yang membantu dalam penyerapan zat besi dari pemakanan.

Anak saya suka sekali dengan rasa Scott's Vitamin C Pastil. Adakah merbahaya jika si manja mengambil lebih dari amaun yang disyorkan?

Ianya tidak digalakkan untuk melebihi dos yang disyorkan, akan tetapi tidak merbahaya sekiranya si manja telah mengambil lebih dari sepatutnya kerana Vitamin C yang tidak diserap akan dikeluarkan melalui kencing.

Apakah faedah memberikan anak kesayangan Scott's Multivitamin & Mineral?

Scott's Multivitamin & Mineral mengandungi 20 Multivitamin dan Mineral yang penting dalam tablet mudah kunyah yang enak.

Ia adalah cara mudah untuk memberikan nutrisi yang secukupnya kepada si manja, untuk menyokong perkembangan dan tumbesarannya.

Adakah produk Scott's halal?

Scott's Emulsion dijamin halal oleh MUI (Majaelis Ulama Indonesia) and JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Produk Kami
 

Ketahui cara terbaik untuk menyokong tumbesaran si manja dengan rangkaian produk-produk Scott's di sini.

Menjadikan si manja lebih sihat

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja lebih sihat, dengan rencana-rencana mengenai pemakanan dan aktiviti sihat.

Menjadikan si manja lebih cerdas

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja pintar dan gembira, dan untuk mendapatkan tip-tip cerdik buat si manja yang prihatin dan berjaya.