Sains Scott's

Scott's boleh membantu si manja menjadi lebih KUAT, CERDAS dan SIHAT 

Ketahui tentang nutrisi dalam produk kami

Produk Scott menyediakan pelbagai manfaat untuk anak anda.
Klik pada tab di bawah untuk mengetahui produk mana yang terbaik untuk setiap nutrisi.

Mengapakah DHA penting?

DHA adalah asid lemak tidak tepu Omega-3 yang membantu perkembangan dan fungsi otak si manja - ini penting kerana 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak terjadi sebelum umurnya mencapai 6 tahun*.

*Berk LE. Child development. Boston: Pearson Education. 2013. p186.  

Sumber yang kaya dengan DHA ialah ikan yang mendiami air sejuk seperti kembung dan salmon. DHA juga terkandung dalam ayam, telur dan susu tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Namun begitu, Vitamin A, D dan asid lemak Omega-3 adalah molekul yang perlu diemulsikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh dicernakan.

Scott's telah pun diemulsikan terlebih dahulu untuk menambahkan pendedahan kepada lipase dan juge untuk kadar serapan supplement minyak ikan yang lebih baik.
 

Proses pengemulsian menyebabkan serapan yang lebih baik.

Kajian menunjukkan serapan EPA dan DHA 2-3 kali lebih bagus dalam bahan yang telah diemulsikan berbanding dengan format yang tidak diemulsi.

Satu sudu Scott's Emulsion diambil dengan pemakanan seimbang akan memberikan 100% keperluan DHA+EPA si manja, jadi dapatkan Scott's Emulsion sekarang!

Apakah peranan Vitamin A?

Vitamin adalah bahan organik. Ini bermakna ianya berasal dari tumbuhan ataupun binatang. Cara terbaik untuk mendapatkan vitamin yang mencukupi adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang.

Vitamin A penting untuk fungsi penglihatan normal dan juga sistem imunisasi. Ia juga digunakan oleh tubuh untuk penjagaan kulit sihat.

Sumber Vitamin A termasuk produk tenusu, ikan dan daging, terutamanya hati, sayuran hijau dan juga buah- buahan seperti oren, mangga, tembikai susu, lobak merah dan labu.

Apakah peranan Vitamin D?

Vitamin adalah bahan organik. Ini bermakna ianya berasal dari tumbuhan ataupun binatang. Cara terbaik untuk mendapatkan vitamin yang mencukupi adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang.

Vitamin D adakalanya dikenali sebagai 'vitamin matahari' kerana tubuh kita membina Vitamin D apabila kulit didedahkan kepada cahaya matahari.

Vitamin D membantu tubuh menyerap kalsium secara efektif, di mana kalsium berfungsi untuk perkembangan dan penjagaan tulang & gigi yang sihat. Kalsium juga menyumbang kepada penjagaan sistem imunisasi dan perkembangan otot.

Vitamin D boleh diperoleh dari makanan seperti ikan dan telur. Terdapat juga kandungan yang sedikit dalam hati lembu, keju dan kuning telur tetapi lebih mudah untuk mendapatkan Vitamin D dari bahan makanan yang telah 'diperkuatkan' yang mempunyai kandungan Vitamin D tiruan yang tinggi.

Mengapa saya memerlukan Kalsium?

Kalsium memang penting - ia adalah mineral yang terbanyak di dalam tubuh. Namun begitu, amat penting untuk sentiasa mengambil Kalsium supaya tulang dan gigi sentiasa kuat.

Tubuh kita juga memerlukan Kalsium untuk pergerakan otot dan untuk untuk fungsi saraf yang membawa mesej diantara otak dan tubuh. Namun begitu, majoriti Kalsium disimpan di dalam tulang dan gigi kerana Kalsium memberi sokongan kepada struktur dan fungsinya.

Cuba menggalakkan si manja mengambil lebih Kalisum dengan memberi mereka produk-produk tenusu seperti susu, yogurt, keju dan juga brokoli, kubis dan ikan yang mempunyai tulang lembut.

Jika si manja cerewet tentang pemakanannya, berikan mereka Scott's Emulsion Oren yang mengandungi Kalsium dan juga nutrien- nutrien lain yang membantu dalam perkembangan otak dan tumbesaran.

If your child is a fussy eater you may choose to supplement their diet with Scott’s Emulsion Orange, which is fortified with Calcium as well as other Micronutrients to help assist with brain development and growth.

Apakah peranan Vitamin C?

Vitamin adalah bahan organik. Ini bermakna ianya berasal dari tumbuhan ataupun binatang. Cara terbaik untuk mendapatkan vitamin yang mencukupi adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang.

Vitamin C membantu pertumbuhan dan perbaikan setiap bahagian tubuh badan. Ia membantu tubuh menghasilkan kolagen, yang terdapat di dalam kulit, rawan, ligamen dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, tulang yang patah dan untuk pertumbuhan gigi.

Punca yang kaya dengan Vitamin C adalah buahan sitrus, lada merah dan hijau, brokoli dan juga strawberi.

Jika diambil dengan pemakanan seimbang, si manja boleh mandapatkan 100% keperluan Vitamin C hariannya dengan hanya 2 pastil Scott's Vitamin C.

Mengapa Scott's?
 

Ketahui bagaimana Scott's boleh membantu perkembangan fizikal dan otak anak kesayangan

Menjadikan si manja lebih cerdas

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja pintar dan gembira, dan untuk mendapatkan tip-tip cerdik buat si manja yang prihatin dan berjaya.

Menjadikan si manja lebih sihat

Klik di sini untuk mempelajari cara terbaik untuk membuatkan si manja lebih sihat, dengan rencana-rencana mengenai pemakanan dan aktiviti sihat.